18 Disember 2018

Tabung Haji bakal dikawal Bank Negara/Lim Guan Eng??



Isu Tabung Haji (TH) diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ada 2 perkara di sini:


1) Bukan bermaksud TH diletakkan di bawah BNM/MOF

TH hanya diselia BNM, bukan diletakkan di bawah BNM, apatah lagi di bawah MOF. Memang kerja BNM untuk selia semua bank dan institusi kewangan yang mengambil deposit daripada rakyat umum, termasuklah Bank Islam sekalipun

Dan BNM walau secara struktur institusi adalah di bawah Kementerian Kewangan, BNM mempunyai akta mereka sendiri, dan mereka mempunyai full authority untuk perkara-perkara yang termasuk di bawah akta BNM, terutamanya perkara-perkara yang berkemungkinan membawa kepada risiko financial stability.

TH masih akan kekal berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

2) BNM memang bertanggungjawab selia semua aktiviti 'deposit taking'

Deposit taking ni maksudnya aktiviti simpan duit, bukan untuk dilaburkan. Yup kontrak TH adalah deposit. Sebab tu pemberian TH adalah 'hibah' (hadiah) bukan 'dividen'

Ini berbeza dengan ASB yang memang merupakan kontrak pelaburan dan memberikan dividen.

Bab pelaburan seperti ASB dan unit trust yang lain umumnya bukan bawah penyeliaan BNM, sebaliknya di bawah penyeliaan Securities Commission (SC)

Tetapi memandangkan TH adalah kontrak deposit, maka ianya akan diselia oleh BNM.

Selia, atau bahasa inggerisnya supervise, hanyalah bertujuan operasi TH tidak memberikan risiko besar kepada duit penyimpan, tidak ada penipuan dalam akaun dan tidak berkemungkinan membawa kepada krisis kewangan.

Wallahualam

P/S: Gambar adalah petikan daripada Akta BNM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan