16 April 2020

iPhone SE (2020) dilancarkan guna Cip Bionic A13

Salam sejahtera semua. Pihak Apple telah mengumumkan tentang produk terbaru mereka iaitu iPhone SE (2020) sebentar tadi.

Pasti ramai teruja terutama peminat setia produk Apple. Bagi saya berbaloi laburkan wang untuk membeli produk iPhone. Berbaloi untuk jangka masa panjang.

Resale Value iPhone pun mantap berbanding peranti Android.

Akan tetapi, ada juga pihak yang mengkritik spesifikasinya yang dikatakan kurang padu pada harga mampu tengok. Hohoho.


   

Telefon pintar ini menggunakan pemproses Cip Bionic A13.

iPhone 11 pun menggunakan Cip Bionic A13.

Jadi telefon pintar ini memang sangat pantas dan berkuasa.

Baiklah berikut adalah Maklumat Terperinci tentang iPhone SE (2020) ini;



Harga Asas


Harga Sebenar mengikut Kapasiti Storan dalaman


 

Baiklah, berikut adalah spesifikasi iPhone SE (2020);

Nama Model: Apple iPhone SE (2020)
Status: Dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei 2020.
Saiz skrin: 4.7 inci
OS: iOS 13
Chipset: Apple A13 Bionic (7 nm+)
CPU: Hexa-core (2x2.65 GHz Lightning + 4x1.8 GHz Thunder)
GPU: Apple GPU (4-core graphics)
Memori Dalaman: 64GB atau 128GB atau 256GB
Kamera Belakang (Single): 12 MP
Kamera Depan: 7 MP
Pengecasan Pantas: Ada. Tetapi kena guna pengecas 18W atau 30W.
Pengecasan Tanpa Wayar: Ada. Kena guna Qi wireless.
Kapasiti Bateri: 1821 mAh

Kelemahan;

- Kapasiti Bateri yang agak kecil iaitu sebesar 1821 mAh sahaja.
- Skrin hanya sebesar 4.7 inci sahaja.
- Harganya masih mahal bagi sesetengah pengguna.
- Tiada Face ID.
- Hanya ada satu lensa kamera di belakang.

Pesanan saya;

- Belilah mengikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.

- Kalau ada Kad Kredit tu boleh guna untuk beli iPhone ini. Dapat 0% interest tau melalui easy payment.

- Belilah kapasiti storan minima 128GB ke atas. Terutama jika anda seorang kaki main games atau suka bergambar. Hoho.

Sekian,

Salam 1Malaysia.


-------------------------------------------------------------------------------

 

Jangan lupa, tolong LIKE dan Support Fan Page kami;



Tiada ulasan:

Catat Ulasan